Rabu, 2 Disember 2015

BBM 3412 Kata-kata aluan

Alhamdulillah hirabbil' alamin, saya merafakkan sepenuh kesyukuran ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat membuat satu blog dan saya dapat menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya. Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada Profesor Dr. Normaliza Pensyarah BBM 3412 bagi kelas BABM PJJ semester 8,di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada saya dan rakan sekelas yang lain. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas BABM Semester 8 PJJ UPM yang banyak membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Selain itu, tidak lupa juga kepada suami saya En. Abdul Razak bin Abdul Rahman yang banyak memberi dorongan dan motivasi dalam menyiapkan tugasan ini,anak-anak teruna saya Muhammad Zikri Haziq, Muhammad Zikri Hakim dan Muhammad Zikri Hazim. Terima kasih kerana memahami kesibukan seorang Ibu yang bernama " Samsiah Jaafar".

Pelbagai ilmu yang dapat saya rungkai sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal generasi muda di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu di muka bumi ini. Pada dewasa ini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina. Perubahan di dalam penggunaan teknologi juga amat penting kepada mahasiswa. Saya turut berasa kagum dengan kaedah yang digunakan dalam penghasilan blog ini.Dengan itu, saya dan rakan-rakan berpeluang mempelajari cara membuat blog sendiri dan menghiasnya. Justeru itu, haruslah mahasiswa tergolong dalam orang yang sentiasa menyaaingi peradaban zaman yang begitu hebat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan