18hb November 2015 hari Rabu seluruh warga Johor bercuti sempena hari Hol Almarhum Sultan Iskandar. Kurasakan kesihatan aku dari sehari ke sehari semakin merosot. Untuk berjalan ke tandas pun aku merasa nafasku tercungap-cungap.....pagi-pagi lagi aku telah mendapatkan gas Nebulizer ( khas untuk orang-orang yang mengalami asthma). Setelah 2 kali aku mengambil gas Nebulizer pernafasan ku belum juga stabil. Pegawai Perubatan menyarankan agar aku mengambil ubat untuk paru-paru yang disuntik melalui drip.Selesai ubat paru-paru dimasukkan, aku pun terus pulang ke rumah. Sebelum pulang Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Masai berpesan "Jika puan masih belum dapat bernafas dengan sempurna, saya syorkan puan terus ke hospital bagi rawatan yang selanjutnya.
Setibanya di rumah pernafasan saya semakin buruk dan saya diserang batuk-batuk.....Melihatkan saya semakin sukar bernafas, suami mengambil keputusan untuk menghatar saya ke hospital. Setibanya saya di Hospital Sultan Ismail Pandan Johor, saya dihantar ke bahagian kecemasan zon kuning. Saya diberikan bantuan pernafasan oksigen. Saya diberi gas Nebulizer secara berulang-ulang. Pada masa yang sama saya didapati demam dengan suhu 39 darjah celcius. Pada malam itu juga doktor membuat imbasan X-Ray pada paru-paru saya.Paru-paru saya didapati berkuman disebabkan batuk, demam dan asthma. Doktor terpaksa menahan saya di wad untuk beberapa hari sehingga saya dapat bernafas dengan sempurna.Bermulalah episod saya menjadi penghuni hosital Wad 7b dan Wad 3b .Terima kasih kepada Jururawat-jururawat, Doktor, Doktor Pakar yang sudi memberi layanan dan memeriksa tahap kesihatan saya dari semasa ke semasa. Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa-jasa kalian.
![]() |
Bantuan oksigen |
![]() |
Ubat paru-paru yang dimasukkan melalui drip. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan