Rabu, 2 Disember 2015

BBM 3412 Kenangan Mengusik Jiwa

Inilah keluarga saya......Suami saya Abdul Razak bin Abdul Rahman 42 tahun, anak sulung saya Muhammad Zikri Haziq bin Abdul Razak 18 tahun, anak kedua saya Muhammad Zikri Hakim bin Abdul Razak 11 tahun dan yang paling kecil Muhammad Zikri Hakim bin Abdul Razak berusia 6 tahun. Gambar ini diambil pada tahun 2013 yang lalu semasa saya menziarahi bapa saudara saya di Melaka pada hari Raya Aidilfitri. Memandangkan ibubapa saya telah meninggal dunia kira-kira 9 tahun yang lalu, bapa saudara dan ibu saudaralah tempat saya sekeluarga menumpang kasih.

Sewaktu baru-baru  kehilangan ibu dan ayah hidup saya terasa kosong. Kali pertama ibu dan ayah menunaikan fardu haji dah terdetik di dalam hati macamana nanti kalau ibu dan ayah benar-benar sudah tiada di dunia, meninggalkan kami 7 beradik. Kali pertama jugalah kami adik-beradik kena memasak lauk pauk untuk menyambut Hari Raya Aidiladha.Rupa-rupanya perkara itu memang benar-benar terjadi dalam hidup saya. 4 bulan selepas ibu dan ayah saya balik dari menunaikan ibadah haji, ibu saya telah kembali ke rahmatullah. Ya Allah betapa sedihnya saya ketika itu....baru nak bermanja-manja dengan ibu. Kasih sayang seorang ibu telah tiada. Masa baru-baru menerima khabar bahawa ibu dah meninggal duni
a akulah orang yang paling tidak percaya, kerana baru 2 jam aku berbual-bual dengannya. Sebelum aku minta izin untuk pulang ke Kuarters Guru aku lihat pandangannya sayu memerhati aku sekeluarga....tapi mungkin itu memang sudah suratan kehidupan yang hidup akan mati, aku redha dengan pemergiannya.Tatakala kami adik-beradik memandikannya buat kali yang terakhir Ya Allah....ku lihat wajahnya seperti orang yang sedang tidur.

Setelah setahun kehilangan ibu, menyusul pula berita sedih yang ku terima. Pagi sebelum Allayarham ayah meninggal dia sempat menelefon saya untuk memberitahu yang dia sedang tidak sihat. Aku menyarankan dia supaya pergi ke hospital dan arwah mengiakannya........sewaktu aku masih di sekolah kembarku ada menelefon memberitahu bahawa ayah sedang tenat...Ya Allah hanya Allah yang tahu bagaimana perasaanku ketika itu.....aku meminta izin Guru Besarku untuk pulang awal dan terus ke Hospital Sultan Ismail Pandan. Sewaktu sampai di Tiram kembarku memberitahu bahawa ayahku telah meninggal dunia. Dunia kurasakan terpana seketika....aku menangis sepuas-puasnya kerana aku telah menjadi yatim piatu....






1 ulasan:

  1. Keluarga bahagia sahabat sejatiku SAMSIAH JAFFAR.

    Semoga kebahagiaan yang dikecapi ini berkekalan hingga ke Jannah.
    Semoga setiap ahli keluargamu saling menyintai, menyanyangi dengan setulus hati.
    Anak anak adalah permata hati yang dianugerahkan oleh Yang Maha Esa yang kepada ibu bapa . Semoaga permata hatimu ini menjadi nak yang soleh, cemerlang dunia dan akhir, penyejuk mata dan penenang jiwamu. sahabatku.

    BalasPadam