Sewaktu baru-baru kehilangan ibu dan ayah hidup saya terasa kosong. Kali pertama ibu dan ayah menunaikan fardu haji dah terdetik di dalam hati macamana nanti kalau ibu dan ayah benar-benar sudah tiada di dunia, meninggalkan kami 7 beradik. Kali pertama jugalah kami adik-beradik kena memasak lauk pauk untuk menyambut Hari Raya Aidiladha.Rupa-rupanya perkara itu memang benar-benar terjadi dalam hidup saya. 4 bulan selepas ibu dan ayah saya balik dari menunaikan ibadah haji, ibu saya telah kembali ke rahmatullah. Ya Allah betapa sedihnya saya ketika itu....baru nak bermanja-manja dengan ibu. Kasih sayang seorang ibu telah tiada. Masa baru-baru menerima khabar bahawa ibu dah meninggal duni
Setelah setahun kehilangan ibu, menyusul pula berita sedih yang ku terima. Pagi sebelum Allayarham ayah meninggal dia sempat menelefon saya untuk memberitahu yang dia sedang tidak sihat. Aku menyarankan dia supaya pergi ke hospital dan arwah mengiakannya........sewaktu aku masih di sekolah kembarku ada menelefon memberitahu bahawa ayah sedang tenat...Ya Allah hanya Allah yang tahu bagaimana perasaanku ketika itu.....aku meminta izin Guru Besarku untuk pulang awal dan terus ke Hospital Sultan Ismail Pandan. Sewaktu sampai di Tiram kembarku memberitahu bahawa ayahku telah meninggal dunia. Dunia kurasakan terpana seketika....aku menangis sepuas-puasnya kerana aku telah menjadi yatim piatu....
Keluarga bahagia sahabat sejatiku SAMSIAH JAFFAR.
BalasPadamSemoga kebahagiaan yang dikecapi ini berkekalan hingga ke Jannah.
Semoga setiap ahli keluargamu saling menyintai, menyanyangi dengan setulus hati.
Anak anak adalah permata hati yang dianugerahkan oleh Yang Maha Esa yang kepada ibu bapa . Semoaga permata hatimu ini menjadi nak yang soleh, cemerlang dunia dan akhir, penyejuk mata dan penenang jiwamu. sahabatku.