Dilahirkan pada tanggal 18.3.2009, dan aku berikan namanya Muhammad Zikri Hazim bin Abdul Razak. Sewaktu dilahirkan, kira-kira umurnya baru 15 hari ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya. Setiap kali ia menangis air matanya akan keluar air mata darah. Aku jadi panik untuk, apakah yang harus aku lakukan. Seboleh-bolehnya setiap hari aku tidak mahu membiarkannya menangis, Aku takuti air mata darah akan keluar kalau ia menangis. Kalau dulu aku hanya mendengar mitos-mitos tentang air mata darah, tapi kali ini benar-benar berlaku pada anakku sendiri.
Aku membawa anakku ke Klinik Pakar Kanak-kanak di Klinik Harmoni Kota Tinggi. Beliau telah menyarankan agar membawa anakku untuk membuat rawatan susulan di Hospital Pakar Puteri. Menurut beliau di sana terdapat pakar-pakar yang lebih arif terhadap masalah yang dihidapi oleh anakku. Demi anakku, aku sanggup berolok-bergadai asalkan kesihatan anakku berada dalam keadaan sihat. Setelah doktor Hospital Pakar Puteri memeriksa tahap kesihatan anakku, beliau memaklumkan bahawa saluran antara anak mata dan hidungnya tersumbat. Oleh sebab itu kalau bayi saya menangis air mata akan menolak, ke atas dan ini berlakunya pertembungan yang menyebabkan air mata bercampur darah. Sebelum balik, doktor membekalkan 3 jenis ubat dan perlu dihabiskan selama 3 hari sahaja dan jika masih mengeluarkan air mata darah saya perlu membawa anak saya semula ke hosital dan pembedahan akan dijalankan, Saya berdoa semoga Tuhan memberi keajaiban....Alhamdulillah ubat yang dibekalkan saya pakaikan menurut aturannya dan setiap kali bayi saya menangis tiada lagi air mata yang keluar. Aaminn....Allah mendengar segala rintihan hamba-hambanya.Kini bayi tersebut sudah berusia 6 tahun....kesannya hanya satu matanya menjadi rabun. Takpalah nak, rabun pun rabunlah janji mata adik dah ok....
 |
Sempena konvokesyen tadika adik di UTM Johor |
 |
Ibu sayang adik..... | | | | | | | | | | | | | |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
 |
Cita-cita nak menjadi Bomba tapi sayang adik rabunlah..... |
Assalamualaikum..Alhamdulillah..semoga dewasa menjadi anak yang soleh...Berkat kesabaran dan doa seorang ibu yang tabah...semoga Samsiah ceria selalu bersama anak-anak.
BalasPadam